Diperolehi dari seluruh dunia, petani kami memastikan kualiti terbaik dan rasa tulen, selalu berpegang pada asal usul mereka.

Stanbroke adalah ladang di Australia yang dimiliki oleh sebuah keluarga yang berasal dari Queensland utara dengan sejarah penternakan lembu lebih dari 100 tahun.
Daging Black Angus Australia

Epal yang ditanam di Loire Valley dan Gunung Alps, di mana pengeluar mengusahakan penghasilan epal ini di ladang mereka sendiri.
Epal Perancis

Ditanam di Pantai Timur, Pulau Utara New Zealand, dimana Carl Fairey dan rakan sekerjanya mengusahakan penghasilan epal dengan teliti.
Epal New Zealand

Dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Della Vedova dengan pengalaman berladang lebih dari 80 tahun. Dom dan Stephen Della Vedova mengusahakan penghasilan kentang premium di Pemberton.
Kentang

Neil Armstrong & anaknya, Robert daripada Harvest Moon, menanam lobak merah dengan jayanya selama 35 tahun.
Lobak Merah Australia

Adik-beradik Mies mulai menanam pelbagai jenis tomato sejak 1994. Mereka menjaga dan menumbuhkan tomato ceri mereka yang lazat dengan kasih sayang di rumah hijau mereka bertempat di Hoogerheide.
Tomato Ceri Merah

Sejak 2001, Paul dan Rob bekerjasama menanam pelbagai jenis tomato istimewa yang enak di beberapa ladang mereka di Brazander, Belanda.
Tomato Ceri Jingga